http://sanggar-cinta.blogspot.com/2012/03/dia-yang-romantis.html
Suami saya tak romantik macam ustaz”.
Walaupun pernah dengar ayat yang sama beberapa kali, tapi terkedu juga saya seketika. Nafas saya hela dalam-dalam.
Suami saya dilihat romantik oleh mereka. Pada apa ye, yang romantisnya tu?
Dia
tak pernah bukakan pintu kereta untuk saya. Dia tak pernah bagi saya
sejambak bunga – kecuali sekali sebab saya minta dan paksa dia beli juga
masa tu :). Bila keluar makan, tak pula pernah dia tarikkan kerusi
untuk saya duduk. Dia juga tak pula pandai buat kejutan saja-saja sebab
semuanya dapat saya hidu.
Mandala minda saya menjelajah hari-hari lalu mencari di mana romantisnya sang suami.
“Saya
rasa suami awak pun romantik juga. Cuma cara kita melihat tindakan
suami sahaja yang menyifatkan suami kita romantik atau tidak”.
Ya.
Barangkali sang suami itu orangnya tak pernah lekang doakan kita dalam
setiap hela nafasnya. Itu romantik. Atau sang suami itu seorang yang tak
pernah culas menyediakan segala keperluan kita dan keluarga, itu juga
romantik.
Lihatlah
suami kita sendiri dengan mata dan hati yang syukur. Dia tak pernah
berkasar bahasa dengan kita, itu sudah romantik. Dia bawa kita balik
rumah mak ayah kita, jenguk keluarga kita, itu romantik.
Carilah
romantiknya suami kita pada perkara biasa-biasa yang dilakukannya.
Suami akan sangat menghargainya. Pejamkan mata pada yang tiada pada
suami kita, kerana yang sudah ada itulah dirinya. Dia tak perlu menjadi
orang lain hanya untuk membahagiakan kita, sedang hatinya tak suka.
Ya. Di mata dan di hati saya, suami saya sangat romantis.
- Dia tak jemu bertanya, “dah solat ke belum?” setiap kali masuk kereta mahu pulang dari kerja.
- Dia tak lokek bercerita tentang hari-harinya dan perasaannya, penatnya, serta kesukaannya pada saya.
- Dia sentiasa lembut mengejutkan saya dari lena jika saya tidur sebelum solat atau lewat bangun pagi.
- Dia tak lupa menghantar SMS bila berjauhan walaupun sepatah ayat sahaja – “maaf, abang drive ni”.
- Bila sakit, dia carikan ubat. Bila barang dapur tak ada, dia ajak beli.
- Dia rajin menghubungi keluarga saya, sedangkan saya ni hanya berkirim salam sahaja.
- Ya. Dia tak perlu beri saya bunga untuk jadi romantik. Sebab dia dah doakan saya dan rumahtangga kami bahagia, dunia dan akhirat. Doa yang sangat mewah dari sejambak bunga!
Berterima kasihlah pada suami masing-masing. Renung matanya, dan sebutlah, “saya untung ada suami macam awak di sisi”.
Percayalah, lepas itu kita tak perlu menjeling-jeling lelaki lain yang kononnya lebih romantis dari suami di sisi …
p/s: sy bersyukur dan tak kan merungut lagi kalau husband tak buat ape yg husband org lain buat :)
hidup mati....... Ruzairi Radhuan....... you're the only one.......
No comments:
Post a Comment