Showing posts with label Supplement. Show all posts
Showing posts with label Supplement. Show all posts

Thursday, July 3, 2014

Ada Apa Pada Zinc & Herba Lax Shaklee??

Hari ni nak share sebanyak mungkin kebaikan supplement Shaklee... :)


Kelebihan Herba Lax Shaklee

> merawat masalah sembelit dan melawaskan perut
> meransang usus untuk lebih cepat memproses perkumuhan dan pembersihan najis secara lembut daripada terus tersimpan lama di dalam perut yang boleh menyebabkan toksin.
> mengempiskan perut
> mengurangkan ketegangan perut

BAGAIMANA CARA MAKAN HERB-LAX?

Ramai yang bertanyakan bagaimana cara mengambil Herb-Lax ini. Ia sesuai untuk anak-kanak 12 tahun ke atas dan dewasa.

👉 Untuk kesihatan berpanjangan - makan 2 kali seminggu (4 biji setiap kali sebelum tidur)
👉 Untuk membersihkan usus/ masalah sembelit, detox dan mengawal berat badan - makan setiap malam. 2-4 biji sebelum tidur

PERHATIAN!!
Mereka yang mempunyai masalah penghadaman yang lemah mungkin akan mengalami cirit-birit pada awal pengambilan Herb-Lax. 
.
Untuk keadaan normal, kebiasaan Herb-Lax akan bertindak setelah 6 hingga 12 jam ia diambil.
.
Mereka yang mempunyai masalah sembelit boleh meningkatkan pengambilan Herb-Lax kepada 5-8 biji sehari, dan boleh kembali kepada dos asal apabila proses perkumuhan kembali normal.


Jom baca FAKTA Herba Lax pula

7 Fakta Mengejutkan Tentang Herb-Lax Shaklee

1. Ia tidak sesuai dimakan setiap hari kerana Herb-Lax Shaklee adalah di dalam kategori julap.Walaupun ia bagus untuk pembersihan usus dari sisa tetapi anda pasti tidak mahu menahan sakit perut dan perlu kerap ke tandas terutamanya pada hari bekerja.

2. Orang yang tidak pernah memakan mana-mana vitamin Shaklee disarankan untuk mengambil Herb-Lax terlebih dahulu kerana usus yang bersih dapat menjamin penyerapan nutrien dengan lebih baik. Kepada mereka yang telah mengambil vitamin Shaklee tetapi tidak rasa sebarang kesan, boleh cuba Herb-Lax dahulu, kemudian diteruskan dengan set-set vitamin yang telah anda beli.

3. Teman baik bagi pengamal ubat tahan sakit seperti paracetamol, panadol, aspirin dan ubatan sintetik yang mudah didapati di pasaran kerana ia membantu menyingkirkan toksid keluar dari badan secara semulajadi. Ubatan sintetik yang terkumpul di dalam badan bertahun-tahun boleh didetoks tanpa sebarang pembedahan.

4. Herb-Lax dapat mengempiskan perut yang buncit kerana sisa-sisa najis yang terkumpul selama bertahun-tahun dapat dikeluarkan dengan cara tindakan pembersihan lembut (natural bowel movement) secara semulajadi. Apabila najis telah bersih, ruang-ruang usus akan mengendur dan seterusnya membawa kepada perubahan perut yang lebih kempis dan ramping.

5. Herb-Lax bukan ubat sembelit tetapi dengan pengambilan secara berterusan dan mengikut konsultansi yang sesuai, masalah sembelit dapat di atasi.

6. Herb-Lax bukan perfume tapi ia boleh mengatasi masalah badan berbau. Menakjubkan sungguh bukan?

7. Herb-Lax bukan ubat sakit gout tapi apabila makan Herb-Lax sakit gout beransur hilang!

Move on to Zinc Shaklee pula.....

Kelebihan dan Manfaat Zink Untuk Kita

🍂 Meningkatkan sistem imun dan daya tahan pada penyakit
🍂 Kencing manis- membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin
🍂 Membantu memelihara kesihatan kelenjar prostat 
🍂 Pengambilan zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%
🍂 Ovulasi wanita sewaktu masa subur- wanita memerlukan zinc untuk ovulasi iaitu masa sel pembiakan dibebaskan untuk hamil
🍂 Membantu memelihara kulit yang sihat. Mengurangkan radang kulit seperti ekzema dan jerawat
🍂 Menyumbang pemulihan kelesuan kronik
🍂 Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif
🍂 Zinc membantu meningkatkan keupayaan seks lelaki dan meninggikan jumlah sperma
🍂 Mengurangkan keguguran rambut penyebab zotak
🍂 Menyumbang pembentukan kolagen untuk kulit yang cantik dan anjal
🍂 Memainkan peranan dalam pemulihan luka yang cepat
🍂 Ingatan yang lebih baik


Makan 1 biji zinc complex SEBELUM sarapan

✏️ Jangan makan bersama makanan dan minuman berkalsium. Ini mengurangkan penyerapan
✏️ Minuman berkafein dan air bergas/berkarbonat mengurangkan kecekapan penyerapan badan. Elakkan pengambilan bersama supplemen yang lain.
✏️ Zinc Tidak digalakkan bersama bijiran dan roti. Phytate dari bijiran akan bergabung dengan zink menjadi bentuk yang sukar diserap.

Kenapa Zink Mesti Di Makan Semasa Perut Kosong?
Cerita mudahnya, zinc ni akan kalah dengan zat lain macam kalsium. Contohnya anda sarapan sandwich, dalam tu ada keju dan minum teh tarik.
.
Susu dan keju dalam teh tarik dan sandwich mengandungi kalsium. Jika kita makan zinc selepas makan, zinc tidak akan diserap dan akan disingkirkan.

FAKTA :
√ Satu tablet membekalkan 100% nilai harian bagi zink
√ Dirumus dengan Zink Glukonat yang mempunyai bio yang tinggi di dalam bes alfalfa dan barli panggang
√ Dengan rumusan sayur-sayuran


Sunday, February 23, 2014

Herba Lax from Shaklee

                                       


Kebaikan Herb Lax 

👍 pembersihan najis yang tersekat
👍 meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
👍 membantu masalah sembelit
👍 tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
👍 mengempiskan perut
👍 ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.

Siapakah yang perlu amalkan Herb Lax ? 

🙋 pengamal tegar ubat tahan sakit.
🙋 mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit 
🙋 mereka yang banyak jerawat
🙋 pesakit gout
🙋 mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen

----

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Mari kita mengenali Herb Lax dengan lebih dekat. Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi:

🍃 alfalfa leaves
🍃 senna leaves
🍃 anise seed
🍃 blue malva flower
🍃 buckhorn bark
🍃 licorice root
🍃 rhubarb root
🍃 fennel seed
🍃 culver’s root.

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.

Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis.Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.